PROGRAM KHAS RAMADHAN 1447H
“Nda sangka… tahun ani boleh khatam jua akhirnya.”
Selalu pasang niat masa awal Ramadhan…
Tapi masuk minggu kedua, mula sangkut, tertinggal, dan akhirnya berhenti lagi.
Tapi masuk minggu kedua, mula sangkut, tertinggal, dan akhirnya berhenti lagi.
Insya Allah, niat atu akan dikabulkan tahun ani. Program ini direka khas bersama Al-Muyassar Group untuk pastikan abiskita khatam dengan tenang.
Macam mana kelas bejalan?
Kami gunakan kaedah santai tapi berkesan supaya abiskita dapat ikut bacaan dengan betul:
-
1Log in ke sesi Zoom.
-
210 Minit Awal: Ustadzah kongsikan tips tajwid & tazkirah ringkas.
-
3Ustadzah membaca perlahan (1 ayat per ayat).
-
4Abiskita ikut baca sendiri (mute) di rumah.
-
5Selesai sesi. Ulang setiap hari hingga khatam.
Jadual Tahun Ini (2026)
Program ini dijalankan setiap hari sepanjang Ramadhan melalui Zoom. Boleh pilih ikut kesesuaian:
🌙
SESI MALAM
9.00 – 10.30 PM
🌅
SESI SUBUH
5.30 – 6.30 AM
Kenapa Perlu Sertai?
-
✨Bimbingan Asatizah Bertauliah (MUIB).
-
✨Sesuai untuk semua – inda perlu pandai baca sendiri, boleh ikut ustazah.
-
✨Peserta Uzur Syar’ie digalakkan hadir mendengar saja.
-
✨Dari rumah saja – buka Zoom, terus sertai.
-
✨Akses percuma ke rakaman dalam Digital Maktabah.
Kata Peserta Tahun Lepas:
“Sebak rasanya bila sampai Juz 30. Bertahun cuba sendiri asyik sangkut. Tahun ani baru merasa khatam penuh.”
— Sarah, Suri Rumah
“Bacaan aku inda laju. Tapi ustaz dalam group ani sangat membantu. Nada rasa stress.”
— Azim, Kakitangan Kerajaan
Soalan Lazim
Berapa bayarannya?
Insya Allah percuma sahaja (FOC). Kami berikan jua akses ke rakaman dengan percuma supaya kita dapat banar-banar khatam tahun ani tanpa risau pasal yuran.
Kalau uzur (haid) masih boleh join?
Boleh. Kita masih boleh masuk Zoom untuk mendengar dan menyimak bacaan (tanpa memegang Mushaf). Kalau ada yang terlepas baca, kami sediakan rakaman supaya kita boleh “bubut” balik bacaan bila sudah suci nanti.
Kalau inda lancar bacaan (merangkak)?
Boleh sangat kita. Program ani memang untuk membimbing. Ustadzah akan baca perlahan-lahan, kita ikut saja bacaan Ustadzah. Kalau rasa laju, boleh dengar rakaman semula.
Perlu guna Quran Digital atau Biasa?
Ikut kesesuaian kita. Ustadzah akan share screen (Quran Digital) di Zoom. Kita boleh tengok skrin, atau guna Al-Quran sendiri di rumah. Mana-mana yang selesa untuk mata kita.
Lelaki boleh join? Kena buka kamera?
Lelaki dan perempuan boleh join. Kita inda perlu buka video (kamera) atau microphone. Cuma perlu log in dan dengar sahaja. Privasi terjaga insya Allah.
Tenaga pengajar orang mana?
Awu, kami mengguna tenaga pengajar tempatan yang berdaftar dengan MUIB dan lepasan universiti di Brunei. Jadi bahasa dan loghat senang untuk kitani faham.
Ramadhan 2026: Bagi peluang arah diri sendiri.
Jangan biar tahun ani berlalu kosong lagi.
Status:
Pendaftaran Dibuka
Pendaftaran Dibuka

